Posts Tagged protes
6 Julai 2008
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) – Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi.
read more here http://semutmalaysia.blogspot.com
Add comment June 20, 2008
pengumuman buat teman2..
pinjam dari hr9808.blogsot hehe.. malas nak tulis sendiri..
TUMPUAN SEJUTA PROTES RAKYAT – 5 JULY
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
Sempat bertemu dengan komuniti Indian di Selayang hampir sejam dan alhamdulillah nampak mereka makin jelas dan mahu turut bersama menjayakan kempen GERAMM (Gerakan anti manipulasi minyak) serta PROTES terutama ke seluruh rumah ibadat, persatuan penduduk dan ngo yang ada di Selayang. Bermula dari ceramah kelompok, mini demo di tempat masing-masing, peace walk pada 28 Jun di KL, Selangor dan beberapa tempat lain. Kemuncaknya ialah pada 5 July dan diharap Selayang dapat menghantar antara 20,000 ke 30,000 rakyat ke jalan bagi mendesak turunkan harga minyak.
Di Gombak ada juga yang masih bertanya apa wajarnya demo? Secara ringkas saya menjawa:
1. Cara lain mereka tak faham dan tak mahu faham.
2. Tak wajar naik sampai 41% kerana keuntungan Petronas sebelum ini amat besar serta tujuan diwujudkan Petronas juga adalah untuk menstabilkan harga minyak di pasaran lokal Malaysia bagi membantu rakyat.
3. Negara lain sebagai pengeluar minyak boleh rendahkan harga lokal untuk rakyat mereka tapi di Malaysia tak boleh? Membazir wang Petronas oleh pemimpin UMNO-BN lebih besar dari subsidi kepada rakyat selama ini.
4. Rakyat berhak tuntut kehidupan yang lebih baik kerana wang Petronas adalah wang rakyat hasil dari anugerah Allah kepada rakyat Malaysia. Petronas bukan milik Mahathir atau Badawi atau suku sakat mereka tapi ianya adalah milik semua rakyat. Maka jika didapati mana-mana pihak yang telah merampas hak rakyat ini sehingga membazir maka menjadi tanggungjawab mereka bertaubat dan kembalikan hak rakyat ini walaupun satu sen. Kejahatan ini telah berlaku sejak awal penubuhan Petronas sehingga sekarang dan tiada siapa yang mahu bertanggungjawab atas kepentingan rakyat ini.
5. Maka jika di parlimen hak rakyat boleh dopermainkan maka apakah ada saluran lain untuk mendesak mereka?
Membaca artikel tentang hak rakyat yang dirampas oleh pemimpin UMNO-BN membuat air mata mengalir kerana ianya terlalu pedih..kerana selama ini mereka adalah pelakon jijik yang menyamar sebagai seorang soleh di depan rakyat. Sungguh memalukan kerana mereka mengaku pejuangkan hak dan nasib rakyat khasnya Melayu tapi merekalah pemusnah nasib rakyat di Malaysia. Apa yang mereka lakukan selama ini jika tidak dihentikan sekarang maka…nasib celaka akan diwaris oleh anak cucu kita selama berdekad-dekad lagi.. Sudah pasti jika kita sayangkan anak cucu kita hal ini takkan kita biarkan..KITA PASTIKAN BERSAMA BERMULA DARI SEKARANG SEHINGGA 5 JULY …kita terus mengatakan hal yang sama iaitu KITA MAHU HARGA MINYAK TURUN DAN NASIB RAKYAT DI BELA..ULANGKAN DAN SAMPAIKAN KEPADA SELURUH KELUARGA DAN MASYARAKAT.
Mungkin ada yang masih terkeliru kononnya demo bercanggah dengan syara’? Sila rujuk buku-buku Dr. Yusuf Qardhawi..”Fiqh Daulah…” hal demo ini amat jelas tidak bercanggah dengan Islam dan kemanusiaan sejagat. Maka …ayuh kita bersama dalam gelombang besar ini meranapkan kezaliman…!! ..
Add comment June 16, 2008
